Sunday, 1 September 2019

#Hiburan: Jika Bercerai Jalan Terbaik, Saya Redha – Sharnaaz Ahmad


Tidak ada pasangan berkahwin untuk bercerai, namun tidak semua yang kuat dan tabah menghadapi dugaan alam berumah tangga.

sharnaaz ahmad bercerai

Baru-baru ini, kemelut rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terjawab apabila wanita itu mengesahkan sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Nabila enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan segala urusan kepada mahkamah.

Menghadapi waktu paling sukar dalam hidupnya, Sharnaaz bagaimanapun redha sekiranya perpisahan adalah jalan terbaik.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Memandangkan dia sudah failkan perceraian, jadi nak cakap apa lagi. Saya ikut saja. Apa yang pasti, saya takkan bercakap buruk mengenai perkara ini. Lagipun, Nabila adalah ibu kepada anak kami.

Walaupun saya bukan jenis yang berkongsi mengenai kisah peribadi, tapi saya akur dan perlu bersikap matang kerana ia sudah di bawah ke peringkat mahkamah.

sharnaaz ahmad cerai

Di tahun-tahun mendatang, saya akan sentiasa ingatkan diri apa yang pernah saya lakukan, pada waktu paling sukar dalam hidup iaitu sewaktu ulang tahun kelahiran saya.

Saya terima dugaan ini. Saya lelaki dan sentiasa tidak gentar menerima risiko dalam hidup.

sharnaaz ahmad noor nabila

Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan dakwaan netizen kononnya apa yang berlaku berkaitan dengan sikap panas baran.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment