Tuesday, 10 September 2019

#Hiburan: Jangan Saman Pemilik Sahaja, Saman Penjual Aksesori Juga – Selebriti Komen Isu Ysuku


Baru-baru ini, pihak polis telah memberi amaran kepada pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau popular dengan gelaran Ysuku untuk tidak melakukan modifikasi pada motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Malah,  pihak PDRM juga memberi amaran kepada selebriti untuk berhenti mempromosikan ubah suai Ysuku secara haram dan melanggar undang-undang.

polis beri amaran ubah suai ysuku

Perkara itu mendapat perhatian beberapa artis yang meluahkan pandangan mereka berhubung pelaksanaan larangan tersebut

Jika nak saman pemilik, saman juga

penjual aksesori

achey ysuku

Pelawak Achey antara artis yang memilik Ysuku dan gemar melakukan pengubahsuaian terhadap motosikalnya. Achey berkata, jangan hanya mengambil tindakan terhadap pemilik motosikal tetapi saman juga perlu dikenakan kepada penjual aksesori.

Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.

Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah.

Bagaimanapun, larangan tersebut sebenarnya akan menyebabkan kerugian kerana  terdapat juga peniaga aksesori membabitkan masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Ubah suai sekadar minat

zizan razak ysukuSementara itu, pelawak Zizan Razak berpendapat larangan itu bukanlah hanya dilaksana untuk Ysuku semata-mata sebaliknya pada semua jenis motosikal terutama yang terbabit dalam perlumbaan haram.

Bagi artis, ubahsuai ini hanya untuk minat sahaja kerana kami suka motosikal cantik. Bagi saya meminati motosikal sejak di zaman sekolah tetapi pada masa itu tidak mampu, sekarang dah mampu saya buat apa diminati.

Antara selebriti lain yang mengikuti trend mengubah suai Ysuku adalah Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Sumber Berita : Harian Metro & Kosmo


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment