Tuesday, 3 September 2019

#Hiburan: Isu Bercerai, Sharnaaz Ahmad Minta Noor Nabila Jangan “Kecoh”


Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila. Pelbagai spekulasi mula timbul mengenai punca mereka ingin berpisah selepas Nabila mengesahkan ada memfailkan penceraian pada 29 Ogos lalu.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Sharnaaz meminta isterinya itu menjadi matang dan tidak memberikan lagi kenyataan berhubung proses perceraian mereka.

Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penceraian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu bercerai).

sharnaaz ahmad minta noor nabila henti beri kenyataan

Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh. Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya.

Sharnaaz juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas Nabila sebelum ini demi menjaga hati semua pihak.

sharnaaz ahmad noor nabila

Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen. Saya tak rela melihat ada hati yang terguris jika saya tersalah cakap. Seperti saya katakan sebelum ini, lebih banyak ulasan diberikan, lagi panjang cerita ini akan berlarutan.

Terdahulu, Nabila merasa hairan mengapa Sharnaaz tidak janga mereka akan bercerai sedangkan  keputusan untuk berpisah adalah atas persetujuan bersama bersama selepas segala usaha untuk memperbaiki hubungan mereka menemui kegagalan.

Sumber Berita :  HARIAN METRO & BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment