Sunday, 4 August 2019

#Hiburan: Tonton Dahulu Sebelum Jatuh Hukum, Tidak Burukkan Tahfiz – Penerbit Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi


Walaupun belum ditayangkan di kaca televisyen, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi didakwa mencetuskan provokasi dengan mengangkat tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz. Isu sensitif ini yang turut melibatkan soal agama menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak. 

drama demi tuhan aku bersaksi

Penerbitnya Fadzil Zahari, meluahkan rasa kecewa dengan kecaman orang ramai terhadap karyanya. Jangan cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui pengisian sebenar dan mesej yang cuba disampaikan. Sepatutnya tonton dahulu, barulah kritik.

Saya tiada kuasa untuk menghalang orang mencaci maki saya atau mengheret sekali keluarga saya masuk neraka, di laman sosial. Tetapi, saya berharap mereka yang mudah membuat penilaian sendiri itu tengok dahulu drama terbabit sebelum menghukum orang lain.

fadzil zahari penerbit drama demi tuhan aku bersaksi

Maklumat diperoleh mereka hanya daripada sekeping gambar, yang didakwa seorang individu sebagai babak hubungan songsang dalam pusat berkenaan, sedangkan ia bukan seperti diperkatakan.

Kredibiliti RTM sendiri, sebagai stesen televisyen paling lama di negara ini, selain mempunyai panel penapisan, juga seharusnya diyakini kerana sudah pasti ia takkan diluluskan andai melanggar syarat.

syafie naswip demi tuhan aku bersaksi

Terdahulu, ramai yang mempertikaikan kenapa perlu ada drama dengan tema sebegitu, menyifatkanya memberi imej buruk kepada Islam serta memberi impak negatif terhadap sekolah tahfiz.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment