Monday, 12 August 2019

#Hiburan: Tidak Kisah Nak Komen, Itu Wakaf Dosa Untuk Diri Sendiri – Syafie Naswip Sindir Netizen


Membawa watak seorang ‘mak nyah’ dalam telefilem, Demi Tuhan Aku Bersaksi, nama pelakon Syafie Naswip turut terkena tempias kontroversi telefilem tersebut yang dikecam hebat kerana mengangkat tema lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di pusat tahfiz.

syafie naswip watak songsang

Meskipun dilemparkan dengan pelbagai kritikan dan kecaman, Syafie sedikit pun tidak terkesan dengan segala komen negatif.

Apa-apa pun, segala persoalan yang terucap atau tertulis di media sosial adalah persoalan tentang diri kamu sendiri. Apa yang kamu cari dalam hidup kamu. Jika kamu kerap mencari kesalahan, maka negatif yang kamu dapat. Jika kamu mencari erti hidup yang baik-baik, maka perkara baik akan melanda hidup kamu.

Jadi saya tidak kisah kamu ingin tulis sebanyak mana komen di Instagram kerana kamu yang membuka aib kamu sendiri. Ruangan itu wakaf dosa untuk diri sendiri. Yang akan menjawab dengan Tuhan juga nanti adalah kamu. Tepuk dada tanya selera.

Tidak dinafikan, watak yang dilakonkannya itu bertentangan dengan agama Islam tetapi baginya, perkara itu adalah salah satu cara dirinya sebagai anak seni untuk berdakwah.

Terdahulu, ramai yang mempertikaikan kenapa perlu ada drama dengan tema sebegitu, menyifatkanya memberi imej buruk kepada Islam serta memberi impak negatif terhadap sekolah tahfiz. Isu ini dikatakan agak sensitif apatah lagi ia melibatkan soal agama.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment