Thursday, 1 August 2019

#Hiburan: (TAHNIAH) Isteri Ammar Alfian Selamat Bersalin Anak Lelaki


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ammar Alfian dan isterinya, Nelissa Nezam yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka. Nelissa selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Nelissa berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto sedang mendukung anaknya di Insta Story.

Ammar menerusi akaun Instagramnya juga berkongsi gambar dia menatap wajah anaknya itu yang diberi nama Kyro Shakur.

Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat apabila Nelissa mendedahkan perbuatan curang Ammar ketika sedang hamil enam bulan. Sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu, namun Nelissa mengesahkan mereka masih lagi belum bercerai.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment