Thursday, 29 August 2019

#Hiburan: Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka?


Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!

31 bulan lapan,
Lima puluh tujuh hari mulia,
Negaraku merdeka.

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan dan tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun. Tema kemerdekaan tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tidak lama sahaja lagi, kami telah pun ‘turun padang’ di sekitar Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakyat Malaysia dan bertanyakan beberapa soalan tentang kemerdekaan. Ada yang malu-malu dan ada juga yang terpinga-pinga bila diajukan soalan.

Dan pastinya semasa zaman persekolahan dahulu kita sering kali menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal Tiga Puluh Satu, Sejahtera Malaysia dan banyak lagi lah. Setiap kali sambutan memang kita dah cukup hafal semua lagu tu.

Tapi kalau ditanya sekarang ini, anda masih ingat lagi ke semua lagu tu? Kalau kami minta anda nyanyikan semula agaknya ingat ke tidak lirik tu ye? Macam itu lah gelagat mereka ini apabila kami minta sambungkan lirik lagu Jalur Gemilang. Tapi tak apa yang penting usaha tu kita nampak.

tanya soalan lagu Jalur Gemilangsambung nyanyi lagu Jalur GemilangYang ini pula dah macam bunyi lirik lagu kumpulan Blackpink Ddu-Du Ddu-Du pun ada juga ni. Mungkin dia peminat setia agaknya itu yang tersalah lagu tu.
peminat setia lagu Korea ke ini

Apa yang best dekat Malaysia?

Makanan
roti canaimee goreng makanan Malaysia

Ini pastinya jawapan yang paling popular sekali iaitu makanan. Disebabkan Malaysia ada pelbagai kaum jadi pilihan makanan yang ada juga pelbagai jenis. Siapa saja tak suka makan roti canai? Tak lupa juga Char Kuey Tiaw yang sedap dimakan panas-panas berasap. Nasi campur pula tak payah cakap lah sebab memang hari-hari jadi makanan wajib.

Perpaduan kaum
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Bukan sahaja kita dapat merasai sambutan perayaan kaum lain contohnya seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang juga disambut oleh kaum lain. Tiada apa yang pelik kerana ini sememangnya normal di Malaysia untuk merayakan semua perayaan.

Apakah erti kemerdekaan bagi anda?

Ketika diajukan soalan ini memang rata-rata semua menjawab keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat. Sebagai sebuah negara mempunyai masyarakat majmuk, keharmonian di dalam masyarakat adalah perkara yang diinginkan oleh setiap individu. Pastinya kita tidak mahu perpecahan antara kaum berlaku kerana ia akan menggugat keamanan negara.
Tugu Negara Simbol kemerdekaan

Sememangnya banyak perkara ataupun fakta-fakta yang unik serta menarik yang ramai antara kita yang tidak tahu tentang Malaysia. Sesekali luangkan sedikit masa bersama kawan-kawan sambil #KopiBreak untuk bercerita ataupun berkongsikan pengetahuan tentang negara kita ini. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Cintailah Malaysia kita dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 62.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment