Thursday, 1 August 2019

#Hiburan: Saya Tak Rasa Fizo Nak ‘Try’, Hubungan Kami Macam Adik Dengan Abang – Hawa Rizwana


Tindakan Fizo Omar meninggalkan komen memuji pembaca berita Hawa Rizwana mencetuskan spekulasi dimana rata-rata netizen mengusik pelakon itu mahu memikat Hawa.

Pelakon Fizo Omar diusik cuba pikat pembaca berita Hawa Rizwana.

Bagaimanapun, Hawa menganggap komen tersebut hanyalah sekadar kata-kata dari seorang abang kepada adik.

Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda yang dipegangnya.

Menurut Hawa, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, Fizo juga turut mengenali bapanya.

Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.

Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada 10 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment