Wednesday, 14 August 2019

#Hiburan: Pernah Kata Enggan Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita, Fikry Ibrahim Mungkir Janji?


Ramai yang respek dan kagum dengan pelakon, Fikry Ibrahim yang sebelum ini tegas dengan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam setiap drama. Fikry dipuji sangat menghormati pelakon-pelakon wanita lain dan tidak pernah memuat naik gambar wanita tidak bertudung di laman sosial.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat beberapa babak yang dilakonkan oleh Fikry menerusi drama terbarunya, Kau Yang Pertama gandingan bersama Farah Nabila dan Tasha Shilla.

Ada beberapa babak dimana Fikry dilihat bersentuhan dengan Tasha yang membawa watak sebagai tunangnya di dalam drama tesebut.

Netizen merasa kurang senang dengan tindakan Fikry dan mempersoalkan prinsipnya yang sebelum ini berjanji tidak akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

Ada yang berpendapat mungkin Fikry terpaksa melakonkan babak tersebut demi memenuhi permintaan pengarah. Namun, ada yang berkata, apabila menceburi bidang hiburan, pastinya akan ada banyak godaan yang mampu menggugat hati dan iman seseorang.

Tak apa lah, kita fikir positif, biasalah kalau babak intim dan bersentuhan mungkin sekadar ‘camera trick’. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan daripada Fikry.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment