Saturday, 31 August 2019

#Hiburan: Noor Nabila Sah Failkan Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad


Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

sharnaaz ahmad cerai

Bagaimanapun, buat masa ini Nabila enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, meminta agar dia dan keluarga diberikan ruang untuk melalui proses berkenaan dengan tenang.

Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di Instagram Story.

nabila failkan cerai sharnaaz Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment