Monday, 5 August 2019

#Hiburan: Nina Iskandar Selamat Bergelar Isteri Lan Lebah April Lalu


Angin tiada ribut tiada, rupa-rupanya pelakon Nina Iskandar telah selamat berkahwin dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada bulan April lalu. Oleh kerana kesibukan penggambaran, mereka berdua baru sahaja sempat melangsungkan majlis resepsi pada hari Ahad, semalam, Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan.

nina iskandar lan lebah

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras dan dihadiri oleh rakan-rakan selebriti seperti David Teo, Amyra Rosli, Ayda Jebat dan Sissy Iman.

nina iskandar lan lebah

Sebelum ini, Nina yang merupakan pelakon kelahiran Brunei dikaitkan sebagai punca keruntuhan rumahtangga penolong pengarah tersebut. Namun Nina telah menafikan dakwaan tersebut di dalam sebuah sidang media dan juga memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah tersebut. Untuk makluman, Lan Lebah telah pun bercerai dengan isterinya pada bulan Februari lalu selepas 9 tahun berkahwin.
nina iskandar lan lebah

Semoga perkahwinan Nina Iskandar dan Lan Lebah ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diberikan zuriat yang baik dan sihat. Sama-sama kita doakan. Tahniah buat anda berdua. Selamat melayari alam rumahtangga.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment