Thursday, 29 August 2019

#Hiburan: Muatnaik Gambar Di Mahkamah Syariah, Rumahtangga Nabila & Sharnaaz Kembali Retak?


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Noor Nabila memuatnaik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Ditambah pula dengan caption “With the words Ya Rab, I can battle anything” yang membawa maksud “Dengan nama Allah, aku boleh berjuang untuk apa-apa“, para netizen mula berspekulasi yang rumahtangga Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad kembali retak. Situasi ini memang cukup mengejutkan kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan telah berbaik-baik semula sekitar Aidilfitri yang lalu.

nabila sharnaaz

Berikut ialah gambar yang telah dimuatnaik oleh Noor Nabila:-

nabila sharnaaz
nabila sharnaaz

Sementara itu Sharnaaz telah memuatnaik gambar dengan tulisan “Sabar” menerusi Insta-Story nya.

nabila sharnaaz

Secara jujurnya gambar-gambar sebegini hanya akan membuatkan netizen berspekulasi dan berteka-teki. Mungkin tiada apa-apa yang berlaku tetapi biasalah mulut manusia mana kita boleh tutup kan? Apa pun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau boleh janganlah bercerai kerana usia perkahwinan mereka masih muda. Tambahan pula dah ada anak seorang. Sayang sungguh jika rumahtangga gagal seawal ini. Cubalah berbincang terlebih dahulu. Moga yang baik-baik sahaja.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment