Thursday, 1 August 2019

#Hiburan: Mesra Bersama, Sufian Suhaimi Dan Jasmine Suraya Hangat Bercinta?


Melakukan kejutan istimewa pada majlis sambutan ulang tahun kelima pelakon, Jasmine Suraya dalam industri seni, kemesraan penyanyi Sufian Suhaimi dan Jasmine mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sufian dalam majlis tersebut menyanyikan dua buah lagu romantis termasuk lagu hits Di Matamu yang sememangnya lagu kegemaran Jasmine. Keintiman mereka mencuri tumpuan ramai yang tertanya adakah mereka sebenarnya sedang hangat bercinta?

Bagaimanapun, kata Sufian perkara itu tidak perlu digosipkan tetapi dia akui meminati Jasmine dalam diam.

Jika kehadiran saya dapat membuatkan seseorang gembira, kenapa saya tidak lakukannya? Saya percaya perkara ini diatur pengurusan saya dan dia (Jasmine). Kebetulan, saya tidak ada komitmen lain, jadi tak salah untuk saya ceriakan majlis itu.

Secara kebetulan, Jasmine meminati lagu Di Matamu dan sukakan bakat saya. Saya sudah biasa dengan gosip dan apa yang orang cakap. Kejutan yang saya beri ini tidak lebih daripada menyokong karier Jasmine.

Jasmine antara hos yang saya suka tonton di kaca televisyen . Dia macam ‘crush’ saya.

Kalau cinta sudah mengetuk pintu hati, apa salahnya untuk bergelar pasangan kekasih memandangkan kedua-duanya masih solo.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Premium Photobooth Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment