Tuesday, 6 August 2019

#Hiburan: Masalah Visa, Neelofa Tidak Dapat Berangkat Ke Makkah?


Hasrat selebriti popular, Neelofa untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua terbantut gara-gara menghadapi masalah visa.  Neelofa dan beberapa jemaah haji yang lain tidak dapat berlepas ke Makkah sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, atas bantuan beberapa pihak, akhirnya masalah visa mereka berjaya diselesaikan. Neelofa menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur kerana ramai yang sudi membantu dengan penuh rasa ikhlas untuk menyelesaikan masalah visa tersebut.

Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa.

Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok ( hari ini).

Sebelum ini, Neelofa dijadualkan berangkat ke Makkah pada 4 Ogos tetapi ditunda kerana masalah visa. Kali pertama Neelofa menunaikan haji adalah pada tahun 2016.

Semoga ibadah Neelofa dan keluarga berjalan lancar serta akan mendapat haji mabrur.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment