Sunday, 4 August 2019

#Hiburan: Lebih Baik Putuskan Sekarang Daripada Tanggung Derita – Syafie Naswip


Ketika ini, pelbagai spekulasi dan kontroversi menghimpit pelakon Syafie Naswip  selepas dia putus tunang bersama Aishah Azman.

syafie naswip aishah azman

Ada pihak yang menghukum Syafie tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menyindir dan mencaci dirinya. Bagaimanapun, Syafie enggan memberikan sebarang komen dan terus menjalani kehidupannya seperti biasa.

Instagram Photo

Tanggal 2 Ogos lalu, Syafie genap berusia 27 tahun dan dia sempat memuat naik video ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Ramai yang tersentuh melihat video tersebut termasuklah pelakon Almy Nadia yang meninggalkan komen agar Syafie dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku.

syafie naswip lebih baik putus tunang

Membalas komen tersebut, Syafie menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya. Lebih baik mengakhiri daripada terus menanggung derita nanti.

syafie naswip aishah azman putus tunang

Terdahulu, viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu menuduhnya menjalin hubungan songsang. Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama Syafie dalam kontroversi tersebut.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment