Thursday, 22 August 2019

#Hiburan: Lakonan Watak Bisu Tidak Realistik, Mira Filzah Tidak Tertekan Kritikan Netizen


Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila watak yang dibawa adalah seorang OKU percakapan (bisu) seperti yang dilakonkan oleh Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams. Bergandingan dengan hero kacak Ben Amir, lakonan Mira sebagai Putri dikatakan tidak realistik dan gagal mendalami kesukaran seorang yang tidak boleh di dalam dunia sebenar. Sudah tentu berlakon tanpa sebarang dialog amat sukar kerana Mira terpaksa menggunakan bahasa isyarat, riak muka dan bahasa mata untuk meluahkan emosi, jiwa dan perasaannya.

mira filzah

Enggan membiarkan kritikan-kritikan itu menghantui dirinya, Mira Filzah mengambil pendekatan untuk mengawal emosi agar dirinya tidak tertekan. Kata Mira:-

Saya tidak tertekan dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan warganet. Mereka bebas berkata apa sahaja dan semua itu di luar kawalan saya. Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik.

Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka.

mira filzah

Pada pandangan Abang Nara, kritikan membina dari netizen haruslah diterima kerana ia akan membantu Mira memperbaiki mutu lakonannya di masa hadapan. Mira mempunyai pakej yang menarik dan sekiranya ia ditambah dengan teknik lakonan yang lebih berkesan, pasti Mira akan menjadi seorang pelakon yang lengkap. Jangan ambil tidak peduli langsung segala kritikan, kerana kadangkala dalam kepahitan, ada kebenarannya. Apa pula pendapat anda tentang lakonan Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams? Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment