Thursday, 1 August 2019

#Hiburan: Jangan Buang Duit Dan Masa Undi Saya Di ABPBH – Aiman Hakim Ridza


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 bakal berlangsung tidak lama lagi, mulai sekarang ramai kelab peminat artis yang sudah berusaha bertungkus lumus mengundi untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.

Namun, buat pelakon Aiman Hakim Ridza dia meminta peminatnya tidak perlu berhabis duit dan membuang masa untuk mengundinya di ABPBH 32 . Aiman mempunyai prinsip tersendiri dan mahu bakat serta hasil kerjanya dihargai secara profesional bukannya dengan sistem undian.

Saya sendiri pun dah meminta maaf kepada pihak yang terbabit mengenai isu ini. Niat saya adalah untuk tidak membabitkan diri dalam anugerah sebegitu. Pada saya, fokus adalah kepada pertandingan yang lebih bermakna untuk diri.

Kalau mereka nak menyokong, biarlah secara sihat dan positif. Sebelum ini, pernah berlaku ada peminat yang bergaduh dengan kelab peminat artis lain. Jadi, saya tak mahu perkara sebegitu berulang lagi. Lagi pula, peminat pun sedia maklum dengan pendirian saya.

Nama saya tercalon pun mungkin kerana ada segelintir peminat yang masih mengundi

Aiman tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa. Bagaimanapun, dia tidak terlalu berharap untuk memenangi anugerah tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Glam Lelaki


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment