Thursday, 1 August 2019

#Hiburan: Haramlah Makan Katak – Gambit Saifullah Dikecam Netizen


Lama juga kita tidak dengan sebarang khabar mengenai pelakon Gambit Saifullah, namun pada zaman media sosial ini, kalau buat satu perkara pelik pasti seseorang itu akan dikenali dan mendapat perhatian.

Gara-gara memuat naik gambar dirinya selamba memakan seekor katak yang dibakar ketika menjalani latihan ikhtiar hidup di dalam hutan, tindakan Gambit itu mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen mendakwa perbuatan tersebut adalah satu dosa kerana memakan haiwan yang hidup di dalam dua alam seperti katak adalah haram.

Timbul sedikit perbalahan dimana ada sesetengah netizen bersetuju dengan mengatakan kehidupan di dalam hutan sememangnya begitu.

Tidak berdiam diri, Gambit tampil memberikan respon mengenai isu tersebut dan menjelaskan mengenai situasi sebenar yang dilaluinya ketika ini.

Jika keadaan memaksa ataupun berada dalam situasi darurat, kita terpaksa untuk memakan benda haram untuk hidup, namun dalam isu latihan tidak ada penjelasan lanjut. Apa pula pendapat anda.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment