Tuesday, 6 August 2019

#Hiburan: Emma Maembong Disindir Dan Dikecam Bertudung Dalam Drama


Sehingga hari ini, masih ramai yang tidak boleh menerima keputusan drastik pelakon Emma Maembong membuka tudung pada awal tahun ini selepas lima tahun berhijab. Macam-macam juga kecaman yang diterima sehingga ada peminat hilang rasa hormat terhadapnya.

emma maembong kerana dia manusia biasa

Muncul dengan drama terbaru Kerana Dia Manusia Biasa yang kini sedang ditayangkan, imej Emma yang kelihatan ayu bertudung dalam drama tersebut menjadi perhatian.

Memuat naik sedutan drama di akaun Instagramnya, rata-rata netizen mula mengkritik imejnya itu dan menuduhnya hipokrit. Ada juga yang mengatakan Emma seakan mempersendakan ajaran Islam.


Bagaimanapun, ada netizen yang mempertahankan Emma dan menjelaskan pelakon wanita itu membuat keputusan untuk membuka tudung selepas selesai menjalani penggambaran drama berkenaan.

Tidak dinafikan, ramai yang rindu untuk melihat Emma bertudung, tetapi janganlah kita terus mengkritik dan mengecamnya. Kata-kata negatif hanya akan membuat jiwa seseorang itu lebih memberontak. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Emma.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment