Wednesday, 7 August 2019

#Hiburan: Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Jurusolek Dan Bekas Isteri Suami


Desas desus mengenai status perhubungan pelakon jelita, Nina Iskandar dan penolong pengarah, Azlan Adzanan ataupun lebih dikenali sebagai Lan Lebah akhirnya terjawab apabila mereka sudah telah selamat berkahwin pada bulan April lalu.

nina iskandar kahwin

Walaupun sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Nina masih lagi terpalit dengan kontroversi dikaitkan menjadi perampas dan punca suaminya bercerai dengan isteri sebelum ini.

Tidak mahu pelbagai spekulasi liar terus hangat diperkatakan, Nina menerusi  Insta Story di Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

nina iskandar perampas

Nina meluahkan rasa kesal difitnah menjadi perosak rumah tangga orang lain. Dia bertemu dan mula berkenalan dengan suaminya setelah hampir setahun Lan berpisah dengan bekas isterinya.

Terdahulu, Nina dihimpit kontroversi panas dan menjadi topik perbualan ramai apabila dia dikatakan telah menjadi punca keretakan rumah tangga Lan bersama bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.

nina iskandar

Namun, dalam satu sidang media khas Nina menafikan tuduhan tersebut dan menganggapnya adalah satu fitnah yang mahu menjatuhkan nama baiknya. Nina turut berhasrat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut sehingga memburukkan imejnya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment