Tuesday, 20 August 2019

#Hiburan: Dah Tahun 2019, Hentikan Lawak ‘Body Shaming’ – Alif Satar


Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar dianggap sebagai hero kerana tindakannya yang berjaya menyelamatkan keadaan dengan pantas ketika isu komen ‘body shaming’ antara Mark Adam dan Sherry Al-Hadad.

alif satar

Alif berkata dia agak segan dan belum sempurna untuk menerima begitu banyak pujian.

Sebenarnya saya segan apabila menerima pujian disebabkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Mana tahu selepas ini saya ada melakukan kesalahan, orang mengatakan saya pula dan berasa macam saya ini sempurna sangat.

alif satar sherry alhadad

Saya tak rasa terbeban dengan perkara ini, cuma segan bila orang cakap macam tu. Kita pun tak hidup atas pujian orang lain dan lagipun kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, Alif meminta semua pihak tidak lagi menggunakan lawak berkaitan ‘body shaming’. Zaman sudah maju, mengapa harus kita mempermainkan saiz badan seseorang untuk dijadikan bahan lawak.

alif satar

Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan ‘body shaming’ ini

Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik.

Budaya ‘body shaming’ ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau. Umum mengetahui betapa seriusnya kondisi tersebut. Jadi, fikirlah terlebih dahulu sebelum berkat-kata, janganlah sehingga mengguris hati seseorang.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment