Sunday, 25 August 2019

#Hiburan: Bukan Suntik , Cuma Teknik Solekan & Juihkan Bibir Sahaja – Sweet Qismina


Selepas menonton sebuah video teknik solekan di negara China yang mampu mengubah wajah seseorang dari tak cun kepada seperti seorang model, Abang Nara sudah mula kurang mempercayai apa yang dilihat di laman sosial. Setakat bibir yang nampak mungil dan cantik seperti Sweet Qismina ini, semua orang pun boleh lakukan tanpa memerlukan sebarang suntikan. Tapi netizen memang agak terkejut kerana bibir pelakon ini nampak seksi secara tiba-tiba. Itu yang terus timbul dakwaan Sweet Qismina menyuntik bibirnya untuk kelihatan lebih mantap dan cantik.

sweet qismina

sweet qismina

Kalau lelaki yang beranggapan sebegitu, bolehlah diterima kerana lelaki memang tak tahu bab-bab solekan dan teknik mengambil gambar di laman sosial. Namun kalau anda seorang perempuan dan menganggap Sweet Qismina menyuntik bibir, anda harus pergi masuk balik kelas make up dan kelas mengambil gambar selfie. Ini semua teknik biasa yang boleh diapplikasikan untuk menampakkan anda lebih jelita berbanding realiti.

sweet qismina

Terang Sweet Qismina:-

Sebenarnya muka saya memang sejenis yang mudah nampak perubahan kalau berat badan naik atau turun dan make up juga main peranan. Itu perkara yang memang saya sedar sejak dulu lagi. Angle juga akan memberi kesan gambar berbeza kepada wajah saya. Mungkin disebabkan lipliner atau lipstick yang lebih daripada garisan bibir buat ia kelihatan begitu.

Biasalah perempuan… siapa yang taknak bibir macam Izara Aishah, Zahirah Macwilson.. bibir saya tak tebal jadi saya terpaksalah muncungkan sikit masa nak ambil gambar. Tiada kena mengena pun dengan cucuk.

Saya faham bila orang suka nak pertikaikan perkara itu… Ia bukan satu masalah kalau netizen nak kecam mengenai hal itu. Saya faham mereka tidak tahu effort yang perlu diambil untuk menghasilkan sesuatu gambar yang cantik. Asalkan spekulasi yang dibuat tidak mendatangkan sesuatu yang buruk, saya anggap ia perkara normal. Saya tak rasa ia sesuatu yang terlalu negatif untuk saya

sweet qismina

sweet qismina

Sekurang-kurangnya ramai yang prihatin dengan perubahan yang dialami oleh Sweet Qismina kan? Daripada langsung orang buat tak tahu, itu lagi sedih. Apa pun, memang cantik teknik solekan dan teknik ambil gambar Sweet Qismina. Mungkin selepas ini boleh kongsikan teknik-teknik tersebut dengan para pengikut di laman sosial. Barulah semua boleh mendapatkan bibir idaman walaupun sekadar hanya dalam gambar. Sumber Mstar Online.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment