Tuesday, 6 August 2019

#Hiburan: Bagi Ceramah Motivasi Tapi Pakaian Terlalu Ketat – Netizen Tegur Penampilan Janna Nick


Salah seorang artis yang berjaya pada usia muda, pelakon Janna Nick tidak dinafikan menjadi ‘role model’ masyarakat di luar sana untuk berjaya.

Berkongsi sedutan video dirinya memberikan ceramah motivasi di hadapan para pelajar dan pengalamannya yang bekerja seawal umur 14 tahun, rata-rata memuji perkongsian Janna itu sangat bermanfaat dan diakui cukup membakar semangat.

Instagram Photo

Bagaimanapun, ada juga perkara lain yang mendapat perhatian netizen. Janna dikritik memakai pakaian terlalu ketat dan dikatakan tidak sesuai dengan majlis tersebut.

Harapnya selepas ini Janna akan lebih berhati-hati dalam berpakaian agar tidak mengundang kritikan dan kecaman. Apa-apa pun, kita lihat sudut positif tentang perkongsian Janna yang benar-benar mampu membakar semangat dan menjadi inspirasi untuk orang ramai, terutama sekali anak muda untuk mencipta kejayaan.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment