Saturday, 31 August 2019

#Hiburan: Noor Nabila Sah Failkan Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad


Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

sharnaaz ahmad cerai

Bagaimanapun, buat masa ini Nabila enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, meminta agar dia dan keluarga diberikan ruang untuk melalui proses berkenaan dengan tenang.

Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di Instagram Story.

nabila failkan cerai sharnaaz Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Friday, 30 August 2019

#Hiburan: Zynakal Didenda RM 2,800 Kerana Cederakan Atendan Stesen Petrol Warga Bangladesh


Seorang penyanyi rap yang berkasar dnegan seorang atendan stesen Petronas didenda RM 2,800 hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Muhammad Raziq Rosli, 21, atau lebih dikenali sebagai Zynakal, mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan mangsa dan menghalang polis menjalankan tugas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali mendeda tertuduh sebanyak RM 800 dan RM 2,000 di bawah pertuduhan tersebut.

Mahakamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Zynakal dituduh menyebabkan kecederaan kepada warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di stesen petrol Petronas Pandan Prima di Ampang pada pukul 3.00 petang, 28 Ogos.

Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dia juga dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis disebabkan enggan menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta berbuat demikian.

Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM 10,000 jika disabitkan kesalahan.

Pada mulanya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayua agar hukuman diringankan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai penulis lirik dan pencipta lagu. – beautifulnara.com via NST


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Thursday, 29 August 2019

#Hiburan: Tak Lena Tidur Asyik Berpeluh Di Malam Hari? Ini Solusi Sempurna Untuk Seisi Keluarga Anda


Di suatu hari ketika sedang bersiap-siap untuk masuk tidur, Abang Nara terdengar bunyi mesej Whatsapp di handphone Abang Nara yang bertalu-talu tanpa henti.

Mesti ada something urgent,” getus hati ini. Lalu, Abang Nara terus bangun dari katil dan membaca mesej yang dihantar oleh kawan baik nya.

chat perbualan di WhatsApp dua sahabat
Fuh! Inia da satu tugasan berat yang telah diamanahkan oleh bestfriend Abang Nara. Membeli aircond bukanlah satu benda mudah. Kena cari harga yang berpatutan, cepat sejuk, rekaan menarik, ada teknologi canggih dan yang paling penting, jimat elektrik.

Demi persahabatan yang telah terjalin berpuluh-puluh tahun ini, maka Abang Nara telah membuat kajian yang penuh intensif dan menyeluruh untuk mencari aircond terbaik di pasaran sekarang. Setelah berhempas pulas tidak tidur malam beberapa hari, akhirnya Abang Nara telah bertemu jawapan untuk persoalan ini.  Jeng, jeng, jeng!!!
penghawa dingin Panasonic

Yeahhhh ~~~ Jawapannya tak lain tak bukan ialah penghawa dingin Panasonic, especially untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil di rumah. Sebab apa? Ha, korang kena baca kelebihan dan keawesomean aircond Panasonic di bawah:-

Nanoe Technology
Panasonic menggunakan teknologi Nanoe

Kesemua penghawa dingin Panasonic menggunakan Nanoe Technology yang memastikan udara di dalam rumah bersih dan segar dengan 7 fungsi ini:-

  1. Menghilangkan bau
  2. Menghapuskan bakteria & virus
  3. Menghapuskan kulat
  4. Menghapuskan alergen
  5. Menghapuskan polen
  6. Menghapuskan unsur berbahaya
  7. Melembapkan kulit dan rambut

Ha power kan Nanoe Technology nie? Bila udara dah bersih dan segar, anak-anak kita pun akan jadi lebih cergas dan cerdas sebab mereka sentiasa mendapat oksigen yang berkualiti tinggi.  Mereka juga akan lebih fokus apabila melakukan homework dan paling penting, apabila bangun pagi, seisi keluarga akan merasa lebih bertenaga dan ceria sebab tidur dalam keadaan udara yang sempurna.
teknologi udara yang sempurna

Lagi best, masalah selsema dan bersin pun confirm akan berkurangan sebab tiada lagi virus dan bakteria di ruangan udara rumah kita. Dapatlah jimat duit darapada bawak anak pergi ke klinik untuk ambil ubat.  Kesemua ini dilakukan secara automatik oleh penghawa dingin Panasonic. On je aircond semua jadi sihat. Semudah ABC.
dapat jimat duit apabila kurang virus dan bakteris di ruang udara

Kawal Aircond Di Mana-mana & Bila-bila Masa

Nak lagi best,  penghawa dingin Panasonic jenis X-Premium Inverter mempunyai Network Adaptor yang membolehkan kita mengawalnya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini adalah kerana fungsinya yang sangat best. Sebagai contoh, 10 minit sebelum sampai ke rumah, kita dah boleh hidupkan aircond terlebih dahulu supaya masuk-masuk rumah je dah sejuk. Tiada lagi masalah nak cari remote kat mana, terlupa nak tutup aircond lepas keluar rumah dan sebagainya. Semua dah ada wireless dan semua sangat mudah!!!

Jimat Bil Elektrik
jimat bil elektrik

Salah satu kerisauan yang sering menggangu fikiran kita apabila memasang penghawa dingin ialah bil elektrik yang melambung tinggi. Ha, dengan penghawa dingin Panasonic, tiada sebarang kebimbangan dalam bab ini. Sebabnya aircond Panasonic menggunakan teknologi Inverter yang menjimatkan tenaga sambil mengekalkan suhu sejuk dengan tepat. Waktu mula-mula hidupkan aircond, kompresor akan berputar dengan pantas untuk penyejukan pantas. Apabila dah mencapai suhu yang dikehendaki, putaran kompresor akan diminimumkan agar tidak melakukan sebarang pembaziran sambil memastikan kita tetap kekal selesa. Senang cakap, jangan risau bil elektrik anda tak akan ada banyak perbezaan sebelum dan selepas memasang aircond Panasonic ini.

Apa yang Abang Nara tulis di sini, semuanya Abang Nara dah kongsikan dengan bestfriend yang bertanyakan soalan tadi. Dia pun rupanya buat kajian sendiri jugak. Dan ternyata dia pun memilih aircond Panasonic untuk dipasang di rumahnya. Jadi korang tunggu apa lagi? Maklumat lanjut layari laman rasmi Panasonic




sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka?


Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!

31 bulan lapan,
Lima puluh tujuh hari mulia,
Negaraku merdeka.

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan dan tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun. Tema kemerdekaan tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tidak lama sahaja lagi, kami telah pun ‘turun padang’ di sekitar Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakyat Malaysia dan bertanyakan beberapa soalan tentang kemerdekaan. Ada yang malu-malu dan ada juga yang terpinga-pinga bila diajukan soalan.

Dan pastinya semasa zaman persekolahan dahulu kita sering kali menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal Tiga Puluh Satu, Sejahtera Malaysia dan banyak lagi lah. Setiap kali sambutan memang kita dah cukup hafal semua lagu tu.

Tapi kalau ditanya sekarang ini, anda masih ingat lagi ke semua lagu tu? Kalau kami minta anda nyanyikan semula agaknya ingat ke tidak lirik tu ye? Macam itu lah gelagat mereka ini apabila kami minta sambungkan lirik lagu Jalur Gemilang. Tapi tak apa yang penting usaha tu kita nampak.

tanya soalan lagu Jalur Gemilangsambung nyanyi lagu Jalur GemilangYang ini pula dah macam bunyi lirik lagu kumpulan Blackpink Ddu-Du Ddu-Du pun ada juga ni. Mungkin dia peminat setia agaknya itu yang tersalah lagu tu.
peminat setia lagu Korea ke ini

Apa yang best dekat Malaysia?

Makanan
roti canaimee goreng makanan Malaysia

Ini pastinya jawapan yang paling popular sekali iaitu makanan. Disebabkan Malaysia ada pelbagai kaum jadi pilihan makanan yang ada juga pelbagai jenis. Siapa saja tak suka makan roti canai? Tak lupa juga Char Kuey Tiaw yang sedap dimakan panas-panas berasap. Nasi campur pula tak payah cakap lah sebab memang hari-hari jadi makanan wajib.

Perpaduan kaum
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Bukan sahaja kita dapat merasai sambutan perayaan kaum lain contohnya seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang juga disambut oleh kaum lain. Tiada apa yang pelik kerana ini sememangnya normal di Malaysia untuk merayakan semua perayaan.

Apakah erti kemerdekaan bagi anda?

Ketika diajukan soalan ini memang rata-rata semua menjawab keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat. Sebagai sebuah negara mempunyai masyarakat majmuk, keharmonian di dalam masyarakat adalah perkara yang diinginkan oleh setiap individu. Pastinya kita tidak mahu perpecahan antara kaum berlaku kerana ia akan menggugat keamanan negara.
Tugu Negara Simbol kemerdekaan

Sememangnya banyak perkara ataupun fakta-fakta yang unik serta menarik yang ramai antara kita yang tidak tahu tentang Malaysia. Sesekali luangkan sedikit masa bersama kawan-kawan sambil #KopiBreak untuk bercerita ataupun berkongsikan pengetahuan tentang negara kita ini. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Cintailah Malaysia kita dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 62.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Buat Pertama Kali, Saya Tak Dapat Ungkapkan Perasaan Sendiri – Sharnaaz Ahmad


Bukan senang menjadi seorang selebriti, lebih-lebih lagi apabila hal rumahtangga anda menjadi perbualan ramai. Semua peminat mahukan kepastian apa yang terjadi, namun selaku seorang suami dan ayah, Sharnaaz Ahmad telah memberikan jawapan yang terbaik apabila tidak memberi komentar lanjut. Iyerlah, hal rumahtangga ini biarlah diselesaikan sesama sendiri antara suami isteri terlebih dahulu. Lepas itu barulah boleh beritahu kepada pihak lain.

sharnaaz ahmad

Agak menyedihkan juga apabila membaca kata-kata Sharnaaz yang memaklumkan dia tidak mengungkapkan perasaan sendiri. Fuh!!! Iyerlah. Kalau dalam perkahwinan, bab penceraian ini adalah antara dugaan terbesar. Memang boleh kelu dibuatnya.

Kata Sharnaaz:-

Buat pertama kali dalam hidup, saya tidak dapat hendak mengungkapkan perasaan sendiri ketika ini. Saya bagaikan kehilangan kata-kata dan tak tahu nak cakap apa. Saya kosong. Apa yang terbayang dalam fikiran adalah anak saya. Itu sahaja. Walau apapun yang berlaku, Jebat tetap akan berada di sisi sampai saya menutup mata.

Buat masa ini saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya andaian. Jadi tak berani nak cakap takut mudaratkan lagi keadaan. Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini, tapi ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.

sharnaaz ahmad

Buat Sharnaaz dan Nabila, bersabarlah dan cuba cari jalan penyelesaian tanpa penceraian sekiranya boleh. Sebelum buat apa-apa keputusan, tatap wajah anak tercinta terlebih dahulu. Jangan kerana sedikit salah faham, masa depan anak diperjudikan. Sama-sama kita doakan kebahagiaan keluarga ini. Sumber Mstar Online.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Kalau Ada Yang Tidak Suka, Saya Minta Maaf – Nadia Brian


Abang Nara suka dengan ketenangan Nadia Brian menjawab kontroversi fesyennya di KLFW yang dikatakan mempersenda agama Islam. Tak ada nak marah-marah, tak ada nak melenting dan terus memohon maaf jika ada pihak yang tidak menyukai cara pemakaiannya itu. Ini satu contoh yang sangat bagus agar kontroversi yang tercipta tidak berterusan. Tahniah buat Nadia!!!

nadia brian

Kata Nadia Brian:-

Saya minta maaf andai ada pihak yang berpandangan sedemikian, cuma kalau nak tegur tue harapnya diberikan dengan cara baik. Apapun saya suka dengan persalinan tersebut. Cuma biasalah ada yang suka dan sebaliknya. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf.

Kalau dikatakan seksi, sudah beberapa kali orang memperkatakan mengenainya. Malah mengenai pemakaian, famili juga tahu. Cuma kalau seksi itu, ia bukanlah gaya yang nampak ‘cheap’. Kalau ada yang tak suka tue, saya sekali lagi minta maaf, seterusnya cuba yang lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah.

Bagi saya seksi itu suatu yang subjektif. Sebagai perempuan, mesti kita mahu berhias tetapi tidaklah keterlaluan. Asalkan keluarga dan tunang tahu, itu sudah memadai.

nadia brian

Mengakui kesilapan, memohon maaf dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh mana-mana pihak. Jadi respek kepada Nadia Brian yang telah berjaya melakukan ketiga-tiga perkara ini. Apa pun, ada netizen yang memaklumkan bahawa gaya Nadia itu adalah satu kebiasaan di zaman 80-an dan sarung kepala yang dipakai adalah “scarf”, bukannya tudung. Gaya tersebut pernah dipopularkan oleh pelakon Hollywood, Audrey Hepburn satu ketika dahulu. Sumber Media Hiburan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Saya Sokong Apa Sahaja Keputusan Yang Buat Kakak Gembira – Neelofa


Gosip penceraian Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan hari ini. Ramai yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau sekadar khabar angin semata-mata. Sudah tentu, Neelofa sebagai adik kepada Noor Nabila telah menjadi kaunter pertanyaan untuk mengesahkan perkhabaran ini. Untuk makluman, rumah tangga pasangan ini yang berkahwin pada 31 Mac 2017 itu pernah dilanda kontroversi, Februari lalu selepas mereka sering memuat naik kata-kata sedih menerusi laman Instagram masing-masing.

neelofa

Enggan mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang bertebaran, Neelofa memaklumkan yang dia akan menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh kakaknya itu. Kata Neelofa:-

Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. Apa yang saya boleh cakap, dia sangat kuat dan berhak mendapat yang terbaik.

Saya tahu, saya pasti menjadi orang pertama ditanya mengenai perkara itu kerana kami tinggal serumah. Tetapi, tidak adil untuk saya mengulas mengenai rumah tangga mereka. Sebagai adik, saya mahu semua orang tahu, saya menyokong apa sahaja keputusan yang membuat kakak gembira. Saya, keluarga dan rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa juga situasi.

neelofa

Neelofa juga memaklumkan netizen bebas membuat sebarang spekulasi atau mencipta persepsi sendiri selepas Noor Nabila memuatnaik gambar di mahkamah semalam:-

Itu perkara normal dan saya yakin, Nabila dapat mengendalikannya dengan baik. Dia pasti tahu buruk baik setiap tindakan yang dilakukan. Nantikan sahaja

neelofa

Daripada kata-kata Neelofa, seolah-olah memang benar Noor Nabila telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad. Namun semeua ini belum sah selagi kita tidak mendengar pengesahan daripada empunya badan. Selaku peminat, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Muatnaik Gambar Di Mahkamah Syariah, Rumahtangga Nabila & Sharnaaz Kembali Retak?


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Noor Nabila memuatnaik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Ditambah pula dengan caption “With the words Ya Rab, I can battle anything” yang membawa maksud “Dengan nama Allah, aku boleh berjuang untuk apa-apa“, para netizen mula berspekulasi yang rumahtangga Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad kembali retak. Situasi ini memang cukup mengejutkan kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan telah berbaik-baik semula sekitar Aidilfitri yang lalu.

nabila sharnaaz

Berikut ialah gambar yang telah dimuatnaik oleh Noor Nabila:-

nabila sharnaaz
nabila sharnaaz

Sementara itu Sharnaaz telah memuatnaik gambar dengan tulisan “Sabar” menerusi Insta-Story nya.

nabila sharnaaz

Secara jujurnya gambar-gambar sebegini hanya akan membuatkan netizen berspekulasi dan berteka-teki. Mungkin tiada apa-apa yang berlaku tetapi biasalah mulut manusia mana kita boleh tutup kan? Apa pun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau boleh janganlah bercerai kerana usia perkahwinan mereka masih muda. Tambahan pula dah ada anak seorang. Sayang sungguh jika rumahtangga gagal seawal ini. Cubalah berbincang terlebih dahulu. Moga yang baik-baik sahaja.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Bertenang, Saya Masih Solo – Bella Astillah


Kecoh semalam apabila bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah dikatakan telah bertemu jodoh apabila gambarnya memakai busana pengantin dimuatnaik ke laman sosial. Ramai yang patah hati, namun tetap cekal mengucapkan tahniah sekiranya Bella telah benar-benar berjaya mendapatkan pengganti. Namun kini anda boleh menarik nafas lega kerana ura-ura itu semuanya tidak benar. Bella Astillah masih solo, masih single dan masih belum bertemu lelaki yang mampu mengisi kekosongan hatinya.

bella astillah kahwin

Bella Astillah juga telah bertindak memadam gambar-gambar yang dimuatnaik itu untuk meredakan keadaan, sekaligus mengelakkan salah faham. Sebenarnya apa yang terjadi hanyalah sekadar satu babak daripada sebuah drama lakonan Bella. Terang Bella Astillah:-

Foto itu sebenarnya sebahagian daripada babak drama Cinta Belum Tamat Tempoh arahan Jamal Khan yang saya jayakan. Jangan pula ada yang membuat spekulasi mengatakan saya sudah menemui pengganti. Bertenang… Saya masih solo. Saya selesa sendiri dan mahu terlebih dahulu menikmati fasa ini kerana tiada tekanan

bella astillah kahwin

Sejak bergelar janda, semakin murah nampaknya rezeki Bella. Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Bella. Gagal dalam perkahwinan bukan bermaksud kita perlu bersedih dan meratapi nasib sepanjang masa. Life must goes on. Apa yang ditunjukkan oleh Bella ini adalah satu contoh yang sangat baik buat wanita-wanita di luar sana. Apa pun kepada lelaki-lelaki yang menaruh hati kepada Bella, anda masih ada peluang. Silalah berusaha untuk menambat hati janda panas ini. Selamat mencuba. Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: (AL-FATIHAH)Pengarah Drama Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia


Drama Ariana Rose lakonan Keith Foo, Fathia Latif, Arja Lee dan Nabila Huda pada tahun 2013 pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Untuk makluman, pengarah yang menghidupkan drama ini iaitu Raja Ahmad Alauddin telah pun meninggal dunia hari ini. Mengikut laporan, pelakon Shukri Yahya mengetuk pintu kediaman Allahyarham yang terletak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya namun tiada balasan sebelum mengambil tindakan menghubungi polis dan bomba untuk membantu memasuki rumahnya.

raja alauddin
Allahyarham pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Hati Bukan Kristal. Selain itu, Raja Ahmad Alauddin juga turut mengarahkan filem-filem berjudul Kayangan’, ‘Lurah Dendam’ dan ‘Qaisy dan Laila’. Drama-drama arahan Allahyarham seperti Fatihah Buatku, Curi-Curi Cinta Demi Cinta Ain dan Hanya Di Atas Kertas bukan sahaja mengusik perasaan penonton, malah meninggalkan banyak pengajaran buat mereka yang telah menontonnya.

raja alauddin

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Raja Ahmad Alauddin dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Mengharapkan Duit Perempuan – Zul Ariffin


Zul Ariffin, pelakon filem Sangkar yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia ini memaklumkan yang dia kini sedang berusaha untuk memastikan keadaan kewangannya stabil sebelum mendirikan rumahtangga. Bab ini Abang Nara nak bagi thumbs up kepada Zul. Sebagai seorang lelaki, Zul Ariffin menyedari bahawa dia bertanggungjawab untuk menyediakan segala kelengkapan rumah buat isteri dengan duit sendiri.

zul ariffin
Bukan bab kewangan sahaja, Zul Ariffin juga memaklumkan yang dia sedang melakukan perubahan diri untuk berubah menjadi baik, selaku bakal seorang ketua keluarga. Abang Nara respek dengan tekad pelakon ini. Bukan senang nak cari lelaki Melayu yang mempunyai kesedaran sebegini. Tipikal suami melayu yang Abang Nara baca di KRT selalunya duit nafkah pun tak bagi, siap pau duit isteri lagi untuk hidup hari-hari. Memang menyedihkan.

Saya tidak mahu pasangan teraniaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaan pasangan. Banyak pengorbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami.

Saya bukan jenis lelaki yang mengharapkan duit perempuan. Kalau boleh, saya mahu menyediakan kelengkapan rumah tangga dengan duit sendiri. Jadi, segala persediaan saya lakukan dari sekarang.

zul ariffin
Apa yang lebih mengujakan ialah apabila Zul Ariffin memaklumkan yang identiti bakal isterinya itu bakal mengejutkan orang ramai. Fuh!!! Adakah dia seorang artis luar negara? Adakah dia popular di laman sosial? Mungkinkah identitinya kita sudah ketahui cuma tak tahu yang dia adalah bakal isteri Zul Ariffin? Banyaknya persoalan yang perlu dirungkaikan.

Siapa gerangan bakal isteri, saya akan beritahu kelak. Tidak perlu berteka-teki kerana tiba masa saya akan perkenalkan kepada semua. Apa yang dapat dikatakan, gadis istimewa ini akan mengejutkan ramai.

Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata

zul ariffin

Sedikit nasihat buat Zul Ariffin dan para jejaka yang ingin berkahwin kelak, sesungguhnya alam perkahwinan adalah satu alam yang banyak rintangan, cabaran dan dugaan yang tak dijangka-jangka. Sebagai seorang lelaki, kita kena banyak bertolak ansur, memahami dan merendahkan ego. Bukan bermakna kita lemah, cuma kalau kita sayangkan isteri, tak perlulah benda-benda kecil pun nak gaduh. Yang penting, jangan sibuk nak menang dalam semua perkara. Tak ada apa yang rugi pun jika kita mengalah kepada si isteri tercinta. Tak gitu? Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: 11 Tahun Menanti Kehadiran Aafiyah, Tak Salah Saya Obses Dengan Anak Sendiri – Siti Nurhaliza


Manusia memang pelik. Kalau tak kahwin, ditanya bila nak kahwin, dah kahwin 2,3 tahun, tanya pulak bila nak dapat anak, dah ada anak seorang, tanya lagi bila nak tambah lagi sorang. Samalah bila selebriti tak kongsi gambar anak di laman sosial, dikatakan kedekut, sombong dan simpan anak, tetapi bila kongsi banyak-banyak, kena cop obses dengan anak sendiri pulak. Itulah yang sedang dialami oleh penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

siti nurhaliza

Secara jujurnya, Siti Nurhaliza layak untuk obses dengan anaknya, Siti Aafiyah kerana telah bersabar selama 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata sulungnya itu. Terlalu banyak dugaan, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh Siti sebelum dapat bergelar ibu. Jadi tak salah untuk beliau memuatnaik seberapa banyak gambar dan video yang diinginkan. Lagipun perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai arkib untuk ditatap apabila Aafiyah dewasa satu hari kelak.

siti nurhaliza

Kata Siti Nurhaliza:-

Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet.

Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri.

Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini.

Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.

Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.

Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah

siti nurhaliza

Nasihat Abang Nara buat Siti Nurhaliza dan para ibu di luar sana, persetankan kata-kata orang lain. Mereka tidak tahu apa yang kita lalui dan tempuhi untuk bergelar seorang ibu. Obses atau tidak, si comel itu adalah anak kita dan kita berhak untuk memuatnaik apa sahaja yang kita inginkan di laman sosial, selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, agama dan tidak menimbulkan bahaya. Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

#Hiburan: Fesyen Dianggap Persenda Islam, Nadia Brian Dikecam Netizen


Secara jujurnya memang terkejut juga apabila melihat fesyen yang digayakan oleh Nadia Brian ketika Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini. Mana tidaknya, dress pendeknya dengan cetakan haiwan telah di”matching”kan dengan sarung kepala seolah-olah hijab. Memang tidak sesuai langsung.

nadia brian fesyen

Para netizen telah mengkritik fesyen tersebut dan menganggap apa yang dipakai oleh Nadia Brian adalah mempersendakan agama Islam. Ramai yang meminta Nadia menanggalkan sarung kepala yang dipakai kerana ia memang tidak sesuai langsung dengan imej seksi yang ditonjolkan. Dan Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat-pendapat tersebut.

nadia brian fesyen
nadia brian fesyen
nadia brian fesyen

Berfesyen memang tidak salah, namun janganlah kita terlalu melampau sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang terutama jika anda beragama Islam. Nak seksi, seksilah, tapi jangan campur adukkan dengan pemakaian yang menutup aurat. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Nadia. Jangan diulangi kesilapan sama di masa hadapan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Wednesday, 28 August 2019

Tuesday, 27 August 2019

Monday, 26 August 2019

#Hiburan: Kalau Berlakon Boleh Cium Perempuan, Cium Isteri Betul Tak Boleh Pulak Letak Dalam Instagram – Ahya Rosli


Sejak berkahwin, Ahya Rosli tidak segan silu mempamerkan kemesraannya dengan isteri tercinta secara terbuka menerusi laman sosial Instagram. Baru-baru ini anak kepada Normah Damanhuri itu telah memuatnaik gambarnya bercium dengan isteri, tetapi oleh kerana kritikan netizen, gambar tersebut telah dipadamkan. Ingatkan kontroversi telah tamat di situ, namun Ahya Rosli telah tampil mempertahankan tindakannya itu dengan alasan apa yang dilakukan adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

ahya rosli

Ahya Rosli mempersoalkan mengapa apabila berlakon di dalam televisyen, pelakon boleh mencium perempuan yang bukan isteri, tetapi apabila memuatnaik gambar di Instagram mencium isteri yang sah di sisi Islam, ia dipertikaikan oleh netizen. Ahya juga turut berkongsi keratan artikel mengenai bercumbu antara pasangan suami isteri yang sah.

ahya rosli

Tulis Ahya menerusi kapsyen Instagramnya:-

Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu , tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.. dia kata islam tak ajar.. pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku

ahya rosli

Namun netizen mempersoalan keratan artikel tersebut yang dipotong separuh. Ramai yang telah memberikan komen dan menasihati Ahya agar tidak menunjukkan kemesraan terlebih walaupun sudah berkahwin. Setakat pegang tangan itu ok lagi, tapi kalau dah sampai bercium bagai, memang kurang manis apabila ditatap orang lain.

ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli

Biasalah orang baru berkahwin memang teruja nak tunjuk kemesraan masing-masing. Namun janganlah terlalu over sangat. Ada benda yang hanya laki bini perlu tahu. Kalau semua benda kita kongsi di laman sosial, apa lagi yang tinggal untuk dijadikan something special untuk pasangan kan? Banyak cara nak tunjukkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dan gambar bercumbu bukanlah salah satu daripadanya. Apa kata anda? Sumber Media Hiburan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas