Tuesday, 30 July 2019

#Hiburan: (VIDEO) Tidak Sangka YDP Agong Peminat BTS


Tanggal 30 Julai 2019 semalam merupakan tarikh bermakna dan tercipta lagi satu sejarah penting tanah air bersempena dengan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagi menyambut istiadat gilang-gemilang itu, Astro Awani telah mengadakan satu sesi temu bual eksklusif bersama baginda untuk lebih mengenali beliau.

Merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sering merendah diri, siapa sangka baginda juga seorang yang agak ‘sporting’.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah ketika YDP Agong diajukan soalan pilihan antara kumpulan Kpop BTS atau Blackpink.

Tidak dinafikan ARMY BTS di Malaysia begitu seronok dan gembira apabila YDP Agong memilih BTS sebagai artis kegemarannya.

Best juga sebenarnya kalau sekali sekala ada temu bual santai begini bersama YDP Agong mahupun pemimpin negara yang lain. Apa pula pendapat anda?


Sumber Berita & Video : Astro Awani

Kredit Foto : Instagram Istana Negara & Instagram 501Awani


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment