Thursday, 18 July 2019

#Hiburan: (VIDEO) Penyanyi Indonesia Firman Dakwa DSV Beri Berlian Palsu


Selepas penyanyi Aishah berjaya menuntut haknya terhadap Datuk Seri Vida, terbaru seorang lagi pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza 4 iaitu penyanyi Indonesia, Firman Siagan mendakwa hadiah subang berlian bernilai RM30,000 yang diberikan DSV adalah palsu.

Firman mula meragui ketulenan berlian itu selepas mengikuti perkembangan kes Aishah menerusi laman sosial dan turut memeriksa ketulenan hadiah tersebut di sebuah kedai barangan kemas di Bandung.

Sekitar Mac 2018 saya mengunjungi sebuah kedai emas di Bandung untuk menyemak nilainya di Indonesia. Soalan pertama mereka ialah mengenai sijil berlian itu. Tapi saya maklumkan tidak ada kerana ia adalah hadiah.

Lebih pelik apabila jurujual itu enggan memaklumkan sama ada berlian itu asali atau tidak. Kalau Aishah yang menjadi juara pun dapat berlian palsu, apatah lagi saya di tempat kelima, logiknya begitu.Tentu sahaja saya menuntut hak yang sama.

Menurut Firman dia sudah memaklumkan perkara itu kepada DSV sebagai penaja utama GV4. Bagaimanapun kata Firman, sehingga hari ini jutawan kosmetik tersebut tidak menghiraukan mesej dan pertanyaannya berhubung isu berkenaan.

Pada awalnya Firman mahu menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan DSV demi menghormati hubungan mereka. Namun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kehilangan tersebut akan menuntut haknya melalui proses undang-undang sekiranya dia masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada DSV.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment