Sunday, 14 July 2019

#Hiburan: Tunggang Gajah, Netizen Kecam Aliff Syukri Sokong Penderaan Haiwan


Sisi gelap aktiviti menunggang gajah di tempat pelancongan di Thailand sebelum ini sudah beberapa kali dibongkarkan. Realiti sebenar betapa kejamnya cara latihan yang diberikan kepada gajah-gajah itu dimana mereka akan didera. Penjinak gajah akan menggunakan objek tajam untuk mencucuk haiwan tersebut agar mengikut arahan sehingga cedera, demi mengikut kehendak manusia.

Walaubagaimanapun, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak peka dengan isu berkenaan dan telah dikecam netizen apabila dia memuat naik gambar menunggang gajah dengan penuh rasa seronok semasa berada di Thailand.

Rata-rata netizen ‘panas hati’ dengan Aliff dan mengatakan dia seolah menyokong penderaan haiwan tersebut.

Mereka meminta Aliff untuk segera memadam foto berkenaan dan janganlah terus mempromosikan amalan yang tidak berperikemanusian ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment