Monday, 1 July 2019

#Hiburan: Tidak Tahan Mulut Netizen, Isteri Aliff Syukri Tutup IG Anak Angkat


Boleh dikatakan ramai juga yang sering mengikuti perkembangan terbaru Ameena iaitu anak angkat Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida.

Namun, biasalah, mulut orang ini kita tidak boleh tutup dan ada segelintir netizen yang seakan sengaja mencari kesalahan Aliff dan Shahida bila berkaitan dengan anak angkat mereka itu.

Terbaru, Shahida mendedahkan dia terpaksa menutup akaun IG Ameena kerana sering menjadi tempat perbalahan dikalangan netizen sehingga membuatkan dia tertekan. Malah, ada pula pihak menuduhnya ingin menumpang populariti anak angkat perempuannya itu selain membandingkan anak kandungnya dengan Ameena.

Mungkin tindakan ini tepat kerana pelbagai spekulasi dan tuduhan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Lebih baik elak daripada fitnah.Tidak mahu lagi terjadi kes dimana ibu kandung menuntut semula anak mereka daripada Aliff dan isteri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment