Sunday, 21 July 2019

#Hiburan: Tidak Perlu Cerita Kepada Sesiapa, Hanya Allah Sahaja Tahu – Mawar Karim


Baru-baru ini, bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim menerima kunjungan daripada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Dalam pertemuan itu, mereka sempat untuk berkongsi ilmu, muhasabah diri berbicara mengenai ujian perkahwinan yang dilalui.

Menerusi akaun Instagramnya, Mawar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu.  Wanita itu percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan biarlah hanya Allah SWT sahaja menjadi tempat terbaik untuk dia meluahkan segala kekusutan di dalam hati.

Bukanlah seorang manusia yang sempurna, Mawar akui dirinya juga turut berbuat silap dalam kegagalan rumah tangganya itu. Mawar menganggap perceraian yang berlaku adalah ujian buat dirinya untuk memperbetulkan diri sendiri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Instagram Photo

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul mengenai perceraian Mawar dan Fizo sehingga ada yang menuduh ibu Fizo sebagai punca perceraian tersebut. Bagaimanapun, ibu Fizo menafikan dia mempunyai masalah dengan menantunya, bahkan menasihati Fizo dan Mawar untuk tidak bercerai.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment