Thursday, 25 July 2019

#Hiburan: Tiada Mengidam Pelik, Proses Kehamilan Mudah – Elfira Loy


Tidak lama lagi pelakon Elfira Loy bakal melahirkan anak pertamanya. Elfira meluahkan rasa syukur apabila proses kehamilannya dipermudahkan. Tiada mengidam makanan pelik ataupun alahan yang teruk.

Alhamdulillah, saya tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan dan segalanya senang untuk dilalui oleh saya.

Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik, cuma saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat.

Merasai ketakutan yang sama seperti ibu-ibu lain yang bakal melahirkan anak sulung, Elfira akui dia merasa sedikit gementar. Elfira berharap orang ramai dapat mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan sama seperti saya. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.

Selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana Allah melancarkan semua proses dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya mudah bersalin nanti.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris K Anuar pada 1 Januari lalu dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment