Monday, 8 July 2019

#Hiburan: Tayang Kereta Mewah Bukan Riak, Hanya Kongsi Hasil Titik Peluh Sendiri – Ismail Izzani


Berkongsi keterujaan bakal memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200 tidak lama lagi, rata-rata netizen menyifatkan penyanyi BBNU, Ismail Izzani seakan ingin menayang kemewahan yang dimiliki. Bagaimanapun, Ismail menjelaskan dia bukan bersikap riak tetapi hanya ingin berkongsi pencapaian hasil titik peluhnya sendiri.

Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riak. Sebenarnya, saya hanya mahu berkongsi apa yang saya miliki atas usaha dan hasil titil peluh sendiri, bukannya berbangga diri semata-mata!

Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya.


Memuat naik video dan foto aktiviti sehariannya adalah salah satu cara Ismail untuk berkomunikasi dengan peminatnya dan ramai yang memahami caranya itu.

Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius. Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah masing-masing ada cara utuk meluahkan pendapat dan saya terima apa saja komen mereka.

Tidak mengapalah Ismail, setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Teruskanlah dengan cara anda tersendiri. Satu hari nanti, orang akan berhenti mengata juga, cuma jangan dilayan sahaja.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment