Wednesday, 17 July 2019

#Hiburan: Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Itu Sekadar Gurauan – Remy Ishak


Gara-gara bergurau mahu berkahwin pada 20 Februari 2020, pelakon Remy Ishak tidak sangka perkara itu dianggap serius oleh ramai sehingga kini dia tertekan, apabila ada beberapa pihak termasuk segelintir peminat bertanyakan soal pernikahannya.

Sebelum ini, Remy ada mengeluarkan kenyataan dia sudah memasang target untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan walaupun belum mempunyai calon isteri.

Saya tidak menyangka pula mereka sebenarnya serius dan menyiarkan berita mengenai tarikh perkahwinan terbabit.

Kecohlah juga apabila berita ini disiarkan. Ahli keluarga saya semua sudah bertanya dan mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dulu serta siapakah calon yang bakal saya nikah.

Menurut Remy, pada usianya sekarang, tidak dinafikan dia sudah memikirkan soal berumah tangga. Bagaimanapun, Remy tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Saya percaya kepada jodoh yang sudah ditentukan, cuma sebagai bakal suami dan ketua keluarga banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan dibuat.

Nampaknya masih ada peluang untuk wanita diluar sana mencuba nasib untuk mengorat dan mencuri hati Remy. Apa tunggu lagi?

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment