Thursday, 25 July 2019

#Hiburan: Tak Tinggal Serumah Tapi Belum Bercerai – Isteri Ammar Alfian


Sebelum ini, isteri pelakon  Ammar Alfian iaitu Nelisa Nezam mendedahkan lelaki itu curang kepadanya ketika dia sedang sarat hamil enam bulan.

Terbaru, Nelissa memberitahu mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu. Bagaimanapun,  hubungan mereka masih lagi sebagai pasangan suami isteri dan belum bercerai.

Semua tahu apa yang berlaku antara kami berdua cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan bayi saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

Kami sekarang sudah tidak tinggal bersama tetapi kami masih suami isteri. Tetapi kami akan menyelesaikan masalah ini selepas bayi kami dilahirkan nanti.

Terdahulu, Nelissa tampil mendedahkan bukti perbualan WhatsApp, menunjukkan Ammar mengakui meniduri wanita lain dan memohon maaf kepada isterinya itu atas perbuatannya. Tidak dinafikan, isu kecurang ini menimbulkan kemarahan netizen tetapi Ammar mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu berbicara soal kecurangan dan kemelut rumah tangganya.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment