Monday, 1 July 2019

#Hiburan: (TAHNIAH) Izreen Azminda & Ude Wahid Selamat Timang Anak Lelaki


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.

Izreen selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim pada Sabtu lalu kira-kiara pukul 1.46 pagi.

Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya semalam, Izreen meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk membuka ruangan komen di laman sosial tesebut.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Izreen. Sebelum ini, aktres itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Izreen kemudian berkahwin pula dengan Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara tertutup.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment