Tuesday, 2 July 2019

#Hiburan: Sufian Suhaimi Terima Anugerah ‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’


Melakar kejayaan luar biasa dalam dunia hiburan, nampaknya nama penyanyi Sufian Suhaimi semakin dikenali dan tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Globalyang bakal berlangsung pada 26 Ogos depan, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pada awalnya, Sufian sendiri tidak percaya bagaimana dia boleh tercalon dalam  ‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’ untuk kategori hiburan.

Saya ingatkan ia skim penipuan. Rupa-rupanya anugerah itu memang ada. Selepas mereka menceritakan secara terperinci kepada saya mengenai anugerah itu, barulah saya tahu.

Yang pasti, saya bersyukur terpilih sebagai satu daripada penerima kategori itu. Ada beberapa calon penerima lain berdasarkan bidang masing-masing dan saya terpilih untuk kategori hiburan.

Anugerah Herald Global  turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir nama dalam industri pembuatan, rekaan dan keusahawanan.

Mendapat penghargaan di peringkat antarabangsa, Sufian harap pencapaiannya ini  mampu membuatkan rakyat Malaysia berbangga kerana ia secara tidak langsung mengharumkan lagi nama tanah air tercinta.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment