Monday, 8 July 2019

#Hiburan: Siti Sarah Minta Netizen ‘Block’ IG Jika Meluat Tonton Kisahnya Dan Shuib


Tidak dinafikan baru-baru ini, rata-rata netizen terhibur dengan kejutan Siti Sarah yang menghias motosikal Ysuku Shuib penuh dengan manik dan bunga.

Bagaimanapun, “drama” mereka mula berlebihan sehingga ada yang sudah mula rasa meluat dengan “lakonan” pasangan ini. Sanggup meraih publisiti untuk jumlah tontonan tinggi.

Memberikan komen mengenai isu tersebut, Sarah berkata dia sedikit pun tidak pernah memaksa netizen untuk menonton apa yang dimuat naik. Kalau tidak suka, netizen boleh sahaja sekat akaun Instagramnya.

Apabila orang ada IG memang berhak untuk komen tapi saya sarankan kalau dah sampai sakit hati tengok, lebih baik berhenti mengikuti akaun laman sosial saya. Sebab ia toksik untuk awak.

Apa yang saya buat, saya gembira dan kalau saya gembira, buat awak tak suka, baik sekat sahaja IG saya. Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain. Sebab anda semua ada pilihan untuk menentukan untuk lihat atau tidak.

Tambah Sarah lagi, dia dan Shuib tidak terlalu terbuka berkongsi kisah rumah tangga mereka kepada umum. Mereka berdua tahu batasnya dan apa yang dikongsikan hanya sebahagian sahaja daripada kehidupan mereka.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment