Wednesday, 24 July 2019

#Hiburan: Shukri Yahaya Redha Isteri Keguguran Anak Kedua


Hasrat pelakon Shukri Yahaya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isterinya, Tya Adnan mengalami keguguran sekitar April lalu. Shukri berkata, isterinya disahkan mengandung pada Mac lalu tetapi kandungannya itu hanya bertahan selama sebulan.

Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila isteri keguguran, namun Shukri redha dan menganggap belum tiba waktunya untuk dia dan Tya menimang cahaya mata kedua.

Tya disahkan hamil, Mac lalu. Namun, ketika itu, saya tidak mahu berkongsi kepada umum. Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang bertanya.

Apabila disahkan doktor, kandungan sudah ‘kosong’. Tipulah jika saya kata tidak kecewa, cuma saya reda dengan ketentuan Tuhan. Insya-Allah, saya pasti rezeki ada pada masa hadapan.

Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya.

Shukri dan Tya berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment