Monday, 29 July 2019

#Hiburan: Selalu Bahagiakan Isteri Dan Bertanggungjawab, Netizen Puji Alif Satar Suami Mithali


Sejak semalam nama penyanyi Alif Star trending di Twitter, bukan kerana kontroversi tetapi kerana sikapnya sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, memahami dan selalu membahagiakan isteri.

Baru-baru ini, isteri Alif iaitu Shadila Halid memuat naik luahan betapa beliau bersyukur dikurniakan seorang suami seperti Alif. Menjaga dirinya yang sedang hamil dengan baik dan tidak pernah merungut membantu isterinya dalam kerja rumah mahupun meninggikan suara.

Rata-rata netizen memuji Alif contoh lelaki yang baik, seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang, memang bertuah jika dapat seorang lelaki macam Alif.

Pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Alisah Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2. Mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment