Tuesday, 16 July 2019

#Hiburan: Saya Takkan Madukan Isteri – Izzue Islam


Berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Pelbagai tomahan yang diterima termasuk ada yang mendesak agar mereka bercerai dan ada juga netizen yang menuduh Izzue mandul.

Bagaimanapun, cinta Izzue tetap buat Awin, setia bersama isterinya itu dan tidak pernah terfikir untuk berpoligami.

Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.

Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.

Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri.

Tidak dinafikan, isterinya pernah merasa tertekan mengenai isu zuriat apabila netizen mula mencetuskan spekulasi dan memperkatakan hal berkenaan.

Namun, mereka tidak akan pernah putus asa dan akan mendapatkan rawatan untuk memiliki cahaya mata. Kami harap segalanya akan dipermudahkan buat Izzue dan Awin.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment