Tuesday, 16 July 2019

#Hiburan: Saya Sebenarnya Hamil Anak Kembar – Lisa Surihani Sebak Kongsi Detik Pernah Keguguran


Tiga tahun berusaha untuk menimang cahaya mata, tiada siapa tahu disebalik kegembiraan itu, terselit juga ujian buat pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU.

Lisa akhirnya dapat mengumpul kekuatan untuk menceritakan detik sukar ketika mengalami keguguran sewaktu kandungan pertama.

Pendedahan mengenai kisah kegugurannya itu dikongsikan menerusi satu program kesihatan yang membincangkan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”.

Instagram Photo

Lisa memberitahu, kandungan pertamanya sebenarnya anak kembar, tetapi salah satu bayinya telah keguguran.

Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri. Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar. Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada ‘heart beat’.

Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku? Sebab saya tanya, what does it mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : Instagram Mingguan Wanita


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment