Monday, 1 July 2019

#Hiburan: Saya Gembira, Ude Sikit Pun Tidak Rasa Takut Teman Saya Bersalin – Izreen Azminda


Baru sahaja dikurniakan cahaya mata, Aaron Ibrahim, pelakon Izreen Azminda akui momen bersalin kali ini paling bermakna apabila suami tercinta, Ude Wahid berada disisi saat melahirkan zuriat mereka.

Pada masa yang sama, Izreen turut meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar.

Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas.

Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Amir Naufal Photography


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment