Sunday, 21 July 2019

#Hiburan: Ruhainies Tidak Kisah Teman Lelaki ‘Anak Emak’


Tidak dinafikan, ramai juga wanita yang “gerun” bila mengetahui kekasih ataupun bakal suami mereka ‘anak emak’. Iyalah, dalam masyarakat kita ada sesetengah yang percaya dengan presepsi kurang baik mengenai seorang anak lelaki yang rapat dengan emak mereka, takut kalau hubungan dengan bakal mentua bermasalah. Namun, tidak semuanya begitu.

Buat pelakon Ruhainies yang bakal berkahwin tidak lama lagi, dia sendiri mengakui tidak kisah teman lelakinya itu ‘anak emak’. Ruhainies bertuah mempunyai bakal mentua yang penyayang dan memahami.

Alhamdulillah hubungan saya dengan bakal ibu mentua baik-baik saja dan tiada sebarang masalah. Tidak dinafikan kekasih seorang ‘anak emak’ dan saya okey saja. Saya tahu dia selalu keluar berdua dengan ibunya. Bagi saya lelaki yang rapat dengan ibu dia perlu tahu tanggungjawab dan peranan. Dia perlu tahu apabila sudah berkahwin nanti keutamaan turut diberikan kepada isteri.

Sepanjang kami berkawan hampir dua tahun ini, saya juga sering mengingatkan dia untuk membawa ibunya berjalan jika kami sering menghabiskan masa bersama.

Ibunya tidak pernah menghalang Mr E yang sering pulang ke Malaysia untuk bertemu saya memandangkan dia mempunyai perniagaan di London. Kadangkala ibunya juga selalu mengajak saya keluar berjalan dan meluangkan waktu bersama.

Eksklusif bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 27, Ruhainies berkongsi sedikit identiti kekasihnya itu yang selama ini menjadi rahsia. Nama Mr E yang sebenarnya adalah Johan.

Penulis dah tahu siapakah cinta hati Ruhainies, cuba korang pula yang teka?

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment