Tuesday, 9 July 2019

#Hiburan: PU Abu Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak


Semalam, viral di media sosial apabila Hana Azraa mendedahkan dia dan suami, PU Abu sudah tidak tinggal sebumbung serta membawa haluan masing-masing.

Terbaru, PU Abu menafikan dakwaan rumah tangganya itu sedang bergolak dan hubungan mereka suami isteri masih lagi baik.

Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja.

 

Hana turut memaklumkan dia dan PU Abu kini dalam proses bercerai dan meminta agar orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas itu.  Hana juga mendakwa PU Abu telah meninggalkannya di Kedah untuk menetap di Kuala Lumpur.

Terdahulu, konflik perceraian PU Abu dan isteri pertama, Ain berakhir dengan talak dua pada 16 Mei lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu.

Hana dikaitkan dengan kontroversi  itu dan didakwa menjadi punca perceraian PU Abu dengan Ain.

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment