Wednesday, 24 July 2019

#Hiburan: Pernah Diperli Dan Nak Berhenti Sekolah, Kini Najwa Latif Berjaya Dapat 4 Flat Untuk Master


Nama Najwa Latif pernah menjadi satu fenomena dahulu dan popular menerusi lagu berjudul Cinta Muka Buku yang menjadi siulan ramai. Umurnya baru belasan tahun apabila tampil menyanyi sambil bermain gitar di YouTube sebelum mulai terkenal.

Namun, karier nyanyian Najwa bergerak perlahan sejak beberapa tahun lalu kerana dia ingin memberikan fokus terhadap pelajarannya.

Terbaru, nama Najwa kembali hangat diperkatakan selepas dia berkongsi berita gembira apabila berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat Sarjana ataupun Master, lulus cemerlang dengan markah 4 flat.

Instagram Photo

Najwa membuktikan dia tidak pernah berputus asa walaupun pernah hampir menamatkan persekolahan ketika belajar di tingkatan empat dahulu. Bukan itu sahaja, dia juga turut melalui episod putus cinta, mengalami kekecewaan sehingga berat badannya naik mendadak. Bagaimanapun, Najwa kembali bangkit mengumpul semangat untuk mengejar cita-citanya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Najwa dan kejayaannya itu memberikan inspirasi.

Tahniah kami ucapkan kepada Najwa. Semoga perkongsiannya akan dapat menyuntik semangat dalam diri orang ramai untuk mencapai kejayaan tidak kira apa sahaja dugaan dan ujian yang mendatang.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment