Wednesday, 10 July 2019

#Hiburan: Perceraian Bukan Pengakhiran – Fizo Omar


Bila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu terus bertahan. Walaupun pelbagai usaha sudah dicuba untuk menyelamatkan mahligai yang dibina, akhirnya takdir menentukan jalan perpisahan adalah yang terbaik buat pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim yang sah bercerai talak satu semalam.

Berbicara tentang terlerainya sebuah ikatan, kedua-duanya mengakui masih sayangkan antara satu sama lain.

Menerusi akaun Instagramnya, Fizo berkata perceraian ini bukanlah pengakhiran tetapi permulaan hidup baru buat dirinya dan bekas isteri.

Mereka tetap akan mengekalkan hubungan baik, menjaga anak mereka bersama dan percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila pasangan tersebut tidak memuat naik gambar bersama terutama ketika sambutan Aidilfitri lalu. Mawar dan Fizo juga menyambut hari raya berasingan. Tidak lama selepas itu, Fizo dalam satu kenyataan juga mengakui rumah tangganya dilanda badai dan Mawar pula mengambil langkah untuk mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan permasalahan mereka.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment