Tuesday, 30 July 2019

#Hiburan: Nak Hina, Hinalah! Saya Sedang Cuba Selamatkan Rumah Tangga – Ammar Alfian


Dihimpit kontroversi curang dan sedang berdepan kemelut rumah tangga kerana perbuatannya itu, pelakon Ammar Alfian mengakui dirinya banyak melakukan kesilapan dan bukanlah seorang manusia yang sempurna. Menurut Amar, sebagai seorang suami dan bakal bapa, dia kini sedang berusaha untuk cuba menjadi seorang insan yang lebih baik.

Nak hina, hinalah. Kalau mahu menilai saya daripada kesalahan yang telah saya lakukan, terpulang. Saya tidak sempurna. Setiap hari saya mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Kalau ada perempuan murah yang cuba mendekati, ianya sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka. Itu sewaktu saya masih muda. Sekarang sudah tua. Saya dah tak buat perkara itu. Saya cuba untuk menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik.

Ammar pada masa yang sama menjelaskan tindakannya memuat naik foto bersama isteri, Nelissa Nezam pada Ahad lalu adalah semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Dia mahu meninggalkan sikap buruknya dan ingin memperbaiki rumah tangganya yang sedang bermasalah.

Terdahulu, Nelissa meluahkan rasa marah dengan tindakan suaminya itu. Wanita itu menganggap Ammar langsung tidak menghormati dirinya serta anak yang sedang dikandung. Dia mendakwa tujuan Ammar memuat naik foto mereka semata-mata kerana ingin meraih perhatian.

Nelissa turut mendedahkan Ammar sekali lagi ‘kantoi’ mesej dengan perempuan lain dan tidak mungkin akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri lagi.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment