Tuesday, 23 July 2019

#Hiburan: Maaf, Saya Rakam Kerana Terlalu Teruja – Neelofa


Tindakan selebriti popular, Neelofa berkongsi beberapa babak filem The Lion King menerusi IG Story yang dirakam dalam panggung wayang, mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Sebagai seorang yang sering memperjuangkan soal hak cipta, perbuatan Neelofa itu memberikan contoh yang negatif kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Neelofa menerusi akaun Twitternya semalam memohon maaf dan menegaskan tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta. Sebagai seorang artis, dia sangat menghormati harta intelek.

Menurut Neelofa, apa yang berlaku adalah kerana dia merasa teruja untuk berkongsi dengan pengikutnya mengenai filem tersebut dan secara tidak langsung mahu lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem animasi popular itu.

Neelofa juga menjelaskan dia mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan yang dilakukan dan berharap ia akan menjadi pengajaran.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment