Monday, 22 July 2019

#Hiburan: Kini Anda Boleh Menikmati Keindahan Koh Samui & Koh Phangan Dengan Lebih Selesa, Mudah & Pantas Bersama AirAsia


Koh Samui dan Koh Pangan adalah destinasi pelancongan yang WAJIB dilawati buat mereka yang gemar suasana pulau dan pantai. Sebelum ini, rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke pulau syurga ini perlu menaiki bot yang mengambil masa berjam-jam dari Langkawi. Namun kini anda boleh tersenyum lebar kerana AirAsia telah menyediakan penerbangan terus ke Surat Thani, sekaligus memudahkan anda menikmati keindahan kedua-dua buah pulau ini.

koh samui

koh samui

Ha mesti anda dah teruja dah kan? Buat anda yang tidak tahu, Surat Thani adalah pintu masuk kepada Koh Samui dan Koh Phangan. Dari lapangan terbang Surat Thani, anda boleh menaiki feri dan shuttle bus yang disediakan untuk tiba ke kedua-dua buah pulau ini. Buat pencinta percutian pulau, ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Banyak aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan di Koh Samui dan Koh Phangan ini. Antaranya:-

1. Snorkeling & scuba diving sampai lebam
koh samui

koh samui

First thing first yang anda perlu lakukan di Koh Samui ialah menikmati keindahan dasar lautnya yang penuh dengan terumbu karang, ikan-ikan dan juga kejernihan air yang tiada tandingan. Antara lokasi best untuk snorkerling/scuba diving ialah Ang Thong Marine Park, Koh Tao & Koh Nang Yuan Pemandangannya pasti membuatkan anda terpukau. Jangan lupa pakai sunscreen banyak-banyak.

2. Berjemur di tepi pantai/celah celah batu

koh samui

Anda malas nak melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga? Jangan risau anda boleh berjemur sepanjang hari sambil membaca buku, tidur, main handphone atau sekadar menikmati desiran bunyi ombak. Antara pantai-pantai yang popular ialah Taling Ngam, Silver Beach, Big Buddha Beach dan Choeng Mon Beach. Pilihan terletak di tangan anda.

3. Terokai pantai-pantai Koh Samui

koh samui

Koh Samui memang terkenal dengan pantai-pantainya yang unik dan menarik. Untuk anda yang ingin rileks, chill dan lepak tanpa membuat apa-apa, boleh pergi ke pantai Lamai kerana ia lebih sunyi dan tidak ramai orang. Kalau anda jenis nak enjoy nightlife, boleh cuba ke pantai Chaweng sebab memang happening pada waktu malam. Untuk penginapan yang murah, berbaloi dan seafood yang sedap, anda boleh ke pantai BoPhut. Senang cakap, semua pantai di Koh Samui ada kelebihan masing-masing. Korang kena terokai kesemuanya.

4. Nikmati keindahan sunset

koh samui

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Koh Samui sambil menikmati minuman/makanan ringan di kafe seperti Air Bar, Coco Tams, The Jungle Club dan restoran L’Ananas.

5. Kayak di Taman Negara Angthong

koh samui

Nikmati keindahan alam semulajadi Taman Negara Angthong dengan berkayak di celah-celah batu-bata sambil melihat ikan berenang di bawah kayak anda. Air laut yang berwarna “emerald green” akan menemani perjalanan anda, membuatkan anda terus bertenaga untuk menerokai khazanah indah ini.

6. Central Festival Samui

koh samui

Last but not least, jangan lupa untuk singgah sebentar di Central Festival Samui untuk membeli cenderahati. Ada lebih 200 buah kedai di sini seperti untuk kaki shopping. Selain itu ada juga kafe seperti Starbucks, The Coffee Club dan Auntie Anne untuk mereka yang ingin rileks sebentar.

Jika anda inginkan “contactless holiday”

Sekiranya anda inginkan privasi atau ingin ber”honeymoon” bersama isteri tercinta, villa terapung di Tasik Cheow Lan adalah pilihan terbaik. Anda akan merasai pengalaman percutian premium yang tidak akan dijumpai di tempat lain. Dikelilingi hutan rainforest yang tebal, cuacanya yang nyaman pasti akan membuatkan anda terasa lebih tenang. Pemandangan matahari terbit dan terbenamnya pun memang amat memukau. Confirm berbaloi-baloi!!!

Jadi tunggu apa lagi?

Bulan Ogos ini memang masa terbaik untuk anda terbang terus ke Surat Thani. Buat tempahan pada 22-24 Julai ini ke Surat Thani dan dapatkan diskaun 30% dengan menggunakan kod promo TOMYAM30

Untuk tempahan 24-28 Julai pula, anda boleh terbang ke Surat Thani dengan bayaran serendah RM79 sahaja. Kedua-dua promosi ini adalah untuk penerbangan 1 September 2019 sehingga 27 Mac 2020. Selamat bercuti!!!

PS : Selain dari Surat Thani, alang-alang dah tengah ada promosi tu, anda juga boleh melancong ke 11 destinasi lain di Thailand bersama AirAsia seperti Hatyai, Phuket, Pattaya, Krabi dan macam-macam lagi!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment