Tuesday, 9 July 2019

#Hiburan: Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung, Dalam Proses Bercerai – Hana Azraa


Selepas dihimpit kontroversi menceraikan bekas isterinya ketika sedang sarat hamil anak pertama mereka, nama PU Abu kembali hangat diperkatakan selepas isterinya Hana Azraa mendedahkan mereka tidak tinggal sebumbung lagi dan kini dalam proses untuk bercerai.

Hana tidak mahu namanya terus dikaitkan lagi dengan pendakwah bebas itu. Mereka sudah pun membawa haluan masing-masing.

Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah. Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

Menurut Hana, dia tampil menceritakan hal sebenar tentang status rumah tangganya agar tidak timbul salah faham di kalangan netizen. Pada masa yang sama, dia turut mendoakan kebahagiaan PU Abu dan Ain dengan anak mereka yang baru dilahirkan, Muhammad Adam Aysar.

Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu, tak nak mereka salah faham tentang kami. Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Bab isu rumah tangga PU Abu ini, penulis pun dah tidak tahu hendak komen apa. Macam-macam perkara yang berlaku.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment