Tuesday, 16 July 2019

#Hiburan: Kami Berpisah Bukan Sebab Bergaduh, Bukannya Perceraian ‘Bitter’- Vanidah Imran


Selepas 17 tahun bersama, pelakon Vanidah Imran dan Rashidi Ishak membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018. Rashidi dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui, kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi punca mereka berpisah.

Berada dalam satu industri yang sama, mereka sekali lagi digandingkan dalam sebuah filem bersama. Menurut Vanidah, dia dan bekas suami bersikap profesional dan tiada masalah untuk bekerjasama.

Memberikan sedikit komen mengenai isu perceraiannya, Vanidah berkata mereka tidak pernah bergaduh dan berpisah secara baik.

Kami bukannya bergaduh, bukan perpisahan yang teruk dan ‘bitter’. Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama dalam satu filem. Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami, kenapa perlu bermasam muka?

Tak kan lah mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga.

Vanidah dan Rashidi mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika. Semoga kedua-duanya dapat mengekalkan hubungan baik sehingga selamanya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment